PAKAIAN TRADISIONAL
Sebuah komuniti masyarakat dan etnik mempunyai cara dan etika berpakaian yang dikenali sebagai pakaian tradisional. Berdasarkan kepercayaan agama, amalan dan aktiviti seharian, pakaian tradisional mempunyai ciri-ciri tertentu yang berfungsi sebagai perlambangan atau identiti sesebuah masyarakat.
Baju Melayu tradisional yang dipakai oleh lelaki Melayu di Malaysia, Brunei, Singapura, sebahagian besar Indonesia (terutamanya Sumatra dan Kalimantan), selatan Filipina dan selatan Thailand. Baju Melayu yang paling asas terdiri daripada dua bahagian iaitu seluar panjang dan baju berlengan panjang yang mempunyai dua jenis kolar iaitu teluk belanga dan cekak musang. Kedua-dua bahagian asas diperbuat daripada kain yang sama, seperti kapas, linen dan satin. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian, terutamanya untuk pergi ke pejabat, menghadiri majlis formal, dan untuk bersembahyang. Ia terdiri daripada bahagian asas baju dan seluar. Baju Melayu merupakan pakaian rasmi Malaysia. Butang baju melayu juga ada maksud tersendiri, bagi baju melayu Teluk Belanga satu butang tunggal membawa makna Tuhan Yang Esa dan ia disemadikan dalam puisi yang berbunyi
" Teluk belanga berbutang tunggal, tunggal satu Tuhan yang disembah, tunggal tidak dapat dianjak alih, tunggal tidak dapat dibelah "
Bagi baju melayu Cekak Musang pula 5 butang tersebut bermaksud 5 rukun Islam dan 2 butang di atas(kolar) yang sedikit terasing daripada 3 yang lain beerti mengucap 2 kalimah Syahadah.
Bagi pakaian tradisional kaum melayu perempuan pula, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang adalah sama kecuali leher. Leher Baju Kurung Cekak Musang dilengkapi dengan kolar. Kolar itu diletakkan menegak dan lebarnya hanya satu jari. Kolar mempunyai bukaan panjang yang berkancing di bahagian hadapannya. Pengaruh India dan China dikatakan membawa potongan baju ini. Selain itu, ada juga baju kurung lain yang dipanggil Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai. Baju Kurung Kedah ialah pakaian yang longgar yang diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil. Kain sarung dipakai bersama diikat dengan ambak yang mengalur ke sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh dianggap sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.
Dhoti merupakan pakaian tradisional untuk kaum lelaki india. Dhoti diperbuat daripada kain yang berwarnaputih yang mempunyai lembaran panjang berukuran 5 meter. Cara memakainya dengan kain yang dililit dibahagian pinggang, diikat dicelah peha dan disangkutkan pada bahu. Baju ini juga dipakai semasa mereka melangsungkan perkahwinan, pakaian ini akan dilengkapi dengan turban. Selain daripada itu, Kurta juga merupakan baju tradisional yang sering diapakai oleh kaum india ini. Kurta pula baju yang panjang yang diperbuat daripada kapas dan sutera yang dipakai bersama dengan seluar longgar ataupun seluar churidar. Kurta biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Manakala untuk pakaian tradisional bagi kaum India perempuan ialah Sari. Sari mula dipakaikan kepada gadis India apabila mereka sudah memasuki alam dewasa sebagai satu pengiktirafan masyarakat terhadap mereka. Sari mempunyai lembaran kain yang berukuran semeter hingga 2 meter lebar dan panjangnya pula antara 5 hingga 15 meter mengikut saiz pemakai. Cara pemakaian Sari sepertiianya dililt di pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Dari segi pemilihan warna mereka lebih memakai warna yang gelap sebagai pilihan utama mereka. Sari juga merupakan pakaian yang perlu dipakai untuk melangsungkan perkahwinan, ia juga diapakai semasa musim perayaan dan juga pakaian harian.
No comments:
Post a Comment