Monday, April 1, 2024

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

 

PENDAHULUAN


Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, dan pelbagai bahasa, dan banyak kumpulan etnik di Malaysia mengekalkan identiti keadaan kebudayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia telah digambarkan sebagai "Asia dalam miniatur"

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.


OBJEKTIF


  1. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
  2. Masyarakat yang berbudaya penyayang
  3. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
  4. Memupuk dan membina masyarakat makmur
  5. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
  6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik

 

 

PAKAIAN TRADISIONAL


Sebuah komuniti masyarakat dan etnik mempunyai cara dan etika berpakaian yang dikenali sebagai pakaian tradisional. Berdasarkan kepercayaan agama, amalan dan aktiviti seharian, pakaian tradisional mempunyai ciri-ciri tertentu yang berfungsi sebagai perlambangan atau identiti sesebuah masyarakat.


Baju Melayu tradisional yang dipakai oleh lelaki Melayu di Malaysia, Brunei, Singapura, sebahagian besar Indonesia (terutamanya Sumatra dan Kalimantan), selatan Filipina dan selatan Thailand. Baju Melayu yang paling asas terdiri daripada dua bahagian iaitu seluar panjang dan baju berlengan panjang yang mempunyai dua jenis kolar iaitu teluk belanga dan cekak musang. Kedua-dua bahagian asas diperbuat daripada kain yang sama, seperti kapas, linen dan satin. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian, terutamanya untuk pergi ke pejabat, menghadiri majlis formal, dan untuk bersembahyang. Ia terdiri daripada bahagian asas baju dan seluar. Baju Melayu merupakan pakaian rasmi Malaysia. Butang baju melayu juga ada maksud tersendiri, bagi baju melayu Teluk Belanga satu butang tunggal membawa makna Tuhan Yang Esa dan ia disemadikan dalam puisi yang berbunyi 

" Teluk belanga berbutang tunggal, tunggal satu Tuhan yang disembah, tunggal tidak dapat dianjak alih, tunggal tidak dapat dibelah "

Bagi baju melayu Cekak Musang pula 5 butang tersebut bermaksud 5 rukun Islam dan 2 butang di atas(kolar) yang sedikit terasing daripada 3 yang lain beerti mengucap 2 kalimah Syahadah. 

    Bagi pakaian tradisional kaum melayu perempuan pula, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang adalah sama kecuali leher. Leher Baju Kurung Cekak Musang dilengkapi dengan kolar. Kolar itu diletakkan menegak dan lebarnya hanya satu jari. Kolar mempunyai bukaan panjang yang berkancing di bahagian hadapannya. Pengaruh India dan China dikatakan membawa potongan baju ini. Selain itu, ada juga baju kurung lain yang dipanggil Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai. Baju Kurung Kedah ialah pakaian yang longgar yang diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil. Kain sarung dipakai bersama diikat dengan ambak yang mengalur ke sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh dianggap sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.


    
Baju Tradisi Cina atau pun Samfoo menjadi pakaian yang digemari oleh lelaki Peranakan Cina pada hari ini. Baju ini dipadankan dengan seluar slack yang longgar dengan warna-warna yang sesuai. Baju Cina atau Samfoo ini diperbuat dari kain satin dengan tekstur moti-motif tradisi kaum Cina. Baju berbelah depan berkolar ini dijahit longgar dan dipasang dengan butang-butang simpul yang cantik dan kemas. 
Sebilangan besar kaum Peranakan Cina atau Baba Nyonya Melaka memakai pakaian Cina atau Samfoo ini pada hari perayaan dan majlis keramaian. Warna merah sering dianggap sebagai warna tuah untuk Samfoo, tetapi warna lain juga digunakan akan tetapi hitam selalunya dielakkan. Pakaian tradisional ini diperbuat daripada kain lembut misalnya kain sutera. Manakala untuk pakaian tradisional kaum cina perempuan ialah Cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan. Cheongsam sering dipakai pada majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan juga tahun baru cina. Cheongsam juga mempunyai beberapa jenis namun pada asalnya Cheongsam ini yang merupakan pakaian tradisional yang mempunyai banyak lapisan, penuh dengan sulaman benang emas dan sutera. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut, Cheongsam juga dipakai ketat dan berbelah kain di kiri dan kanannya.


    Dhoti merupakan pakaian tradisional untuk kaum lelaki india. Dhoti diperbuat daripada kain yang berwarnaputih yang mempunyai lembaran panjang berukuran 5 meter. Cara memakainya dengan kain yang dililit dibahagian pinggang, diikat dicelah peha dan disangkutkan pada bahu. Baju ini juga dipakai semasa mereka melangsungkan perkahwinan, pakaian ini akan dilengkapi dengan turban. Selain daripada itu, Kurta juga merupakan baju tradisional yang sering diapakai oleh kaum india ini. Kurta pula baju yang panjang yang diperbuat daripada kapas dan sutera yang dipakai bersama dengan seluar longgar ataupun seluar churidar. Kurta biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Manakala untuk pakaian tradisional bagi kaum India perempuan ialah Sari. Sari mula dipakaikan kepada gadis India apabila mereka sudah memasuki alam dewasa sebagai satu pengiktirafan masyarakat terhadap mereka. Sari mempunyai lembaran kain yang berukuran semeter hingga 2 meter lebar dan panjangnya pula antara 5 hingga 15 meter mengikut saiz pemakai. Cara pemakaian Sari sepertiianya dililt di pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Dari segi pemilihan warna mereka lebih memakai warna yang gelap sebagai pilihan utama mereka. Sari juga merupakan pakaian yang perlu dipakai untuk melangsungkan perkahwinan, ia juga diapakai semasa musim perayaan dan juga pakaian harian.

  

 

MAKANAN TRADISIONAL

    Malaysia merupakan sebuah negara yang sudah menarik perhatian orang ramai terutamanya orang dari negara-negara asing untuk melawat dan memperoleh pengalaman yang puas hati. Malaysia bukan sahaja mempunyai banyak tempat perlancongan yang menarik minat pelancong, tetapi ia juga mempunyai makanan tempatan yang menarik dan memenuhi citarasa rakyatnya. Untuk topik hari ini, kita akan membincangkan makanan tradisional Malaysia kerana setiap makanan tempatan disusun mengikut waktu makan harian, orang kita mempunyai prestasi yang baik dan memuaskan untuk juadah tempatan yang pelbagai dan memenuhi citarasa orang ramai.


Nasi Lemak (Melayu)
                                 
Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand Selatan. Di Kuala Lumpur, hal itu disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan Malaysia.Namun, kerana fleksibiliti yang Nasi lemak di dapat dilayani dalam berbagai perilaku, sekarang disajikan dan dimakan setiap saat sepanjang hari. Nasi lemak bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat Melayu sebaliknya turut menjadi kegemaran kaum Cina dan India. Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di sekolah-sekolah Malaysia.

Kuih Bulan (Cina)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZfPfa7KroXGKTAQGuH0vKN50sLtCcz0JdsQn_inHhCs2Yzk6ZzGD9xtWZPvnSGlDPr2PBlZWdMtnGO4sMvBGaRpKaIR45JppkL7Jie7gv3oclGo6tImPL76MEAS68uc4oCNHQts9F8B9G/s1600/download+(2).jpg

 Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat. Ia melambangkan keluarga yang lengkap dengan satu tradisinya adalah mengagumi bulan, dengan kebiasaanya pada malam perayaan, ahli-ahli keluarga akan berkumpul bersama-sama di bawah bulan mengambang, sambil menikmati kuih bulan dan diterangi tanglung.

Tosai (India)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK9OOrq5w_PPBufSwR_ECrGL13Wy4dBGzWpPTOaIvx5Y2n1-l0aHb-s38tRJoK_eW9fLZRXezbrk7q5SP1BjTB4FGj7Af1JZrLawAqnDHcogOT7PymxASU20BQixI0KLKGLxogjGXiqMgJ/s1600/download+(5).jpg


Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar India, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


PERMAINAN TRADISIONAL


Sepak Raga (Melayu)


Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimbang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.



Mahjong (Cina)

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer

    


Kho-kho (India)

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

















KESIMPULAN

 Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya kesan daripada masyarakat yang berbilang bangsa. Gabungan budaya dan perpaduan di negara Malaysia menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani dan dikagumi oleh negara-negara asing. oleh kerana itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah mengekalkan perpaduan kaum yang merupakan identiti keunikan yang tak ternilai mahal harganya agar Malaysia mampu megah berbangga di persada antarabangsa.




No comments:

Post a Comment

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

  PENDAHULUAN Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, dan pelbagai bahasa, dan banyak kumpulan etnik di Malaysia mengek...